Program SAVE 2.0 Jimat Tenaga

 

Program SAVE 2.0 merupakan sebuah program pemberian e-Rebat bernilai sehingga RM400 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang mempunyai label kecekapan tenaga 4/5 bintang yang sah dari Suruhanjaya Tenaga (ST).

Terdapat 2 mod pembelian untuk Program SAVE 2.0:

    • Pembelian secara terus melalui Pekedai/Peruncit Peralatan Elektrikyang berdaftar dan disahkan oleh ST
    • Pembelian secara atas talian melalui e-Dagang (Shopee/Lazada)

Objektif program SAVE 4.0 ini adalah 

    • Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenagabertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran
    • Meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga
    • Mengurangkan kos penjanaan tenaga melalui penjimatan tenaga
    • Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.

Tawaran ini ini valid dari Disember 2023 sehingga Disember 2024.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program SAVE 2.0, sila layari www.saveenergy.gov.my



Comments

Popular Posts